asslammualaikum hye semua..arini kinah nk kongsi dgn ampa semua pasai nk menyakinkan diri kita...hik3..sapa2 yang pemalu nk tampil kt depan 2..mai sini baca..mana nk taw boleh amik ilmu kt sini ka...hak3...
4 CARA MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI
Keyakinan diri adalah penting untuk menguruskan segala aktiviti didalam kehidupan
seseorang. Ini kerana adalah mustahil untuk anda sentiasa bergantung terhadap
orang lain. Pasti mereka mempunyai urusan tersendiri yang perlu diuruskan
terlebih dahulu sebelum dapat membantu anda. Adakah anda sanggup untuk
menangguhkan satu-satu tugasan hanya untuk menunggu bantuan orang lain
sedangkan anda sendiri mampu untuk menyiapkannya? pasti tidak bukan. Keyakinan
diri adalah merupakan satu proses yang berterusan untuk anda sentiasa meningkatkan
taraf keyakinan anda. Di dalam artikel ini adalah merupakan cadangan tentang
bagaimana cara meningkatkan keyakinan diri yang mungkin dapat membantu anda.
(1) Bina keyakinan diri melalui pencapaian- Anda pelu
terlebih dahulu mengetahui apakah pencapaian yang membawa makna untuk
anda. Sentiasa cuba tingkatkan pencapaian anda dari satu tahap ke tahap yang
lebih baik untuk meningkatkan lagi keyakinan diri. Jangan sesekali cuba
membandingkan pencapaian orang lain didalam kehidupan anda. Ini kerana apabila
anda berfikiran seperti ini, ia secara automatik akan mengurangkan lagi
keyakinan didalam diri anda. Pantau setiap pencapaian yang telah anda lakukan
dan cuba bina keyakinan diri melaluinya. Ia pasti akan membuatkan anda lebih
yakin untuk melaksanakan tugasan yang lebih mencabar.
(2) Bina minda yang kuat- Pemikiran adalah perkara yang
mempengaruhi setiap tindakan seseorang. Sebelum anda melakukan apa-apa pasti
otak anda akan terlebih dahulu memikirkannya. Apabila otak anda memikirkan anda
mampu untuk melakukannya, secara tidak langsung tindakan anda akan menjurus
untuk melakukan sesuatu perkara itu. Begitu juga untuk membina keyakinan diri,
sekiranya minda anda yakin untuk melakukan sesuatu, secara automatik pasti
tubuh anda mampu untuk melaksanakannya. Tetapi ia sebenarnya memerlukan latihan
dan pemakanan yang baik. Mulakan latihan minda anda daripada sekarang.
(3) Menjaga penampilan- Hasil pendapat pakar psikologi menyatakan
bahawa, seseorang akan berasa lebih yakin melalui apa yang mereka cuba
tampilkan. Sebagai contoh, anda menjaga penampilan diri anda sentiasa kemas dan
kelihatan bersih, ia secara tidak langsung mewujudkan keyakinan didalam diri
anda. Pasti anda akan lebih berasa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai, berkomunikasi
dan sebagainya. Penampilan juga adalah penting untuk membuatkan orang
lain berfikiran positif terhadap diri anda. Apabila orang lain berfikiran
positif, anda juga akan turut berfikiran positif mengenai diri anda.
(4) Memahami konsep keyakinan diri- Untuk anda sentiasa berasa yakin terhadap diri sendiri, anda perlu terlebih dahulu memahami apakah konsep keyakinan diri. Seperti yang telah dinyatakan diatas tadi, ia adalah merupakan proses yang berterusan. Ia bermakna apabila anda tidak berasa yakin untuk melakukan sesuatu, anda perlu membinanya sehingga anda berasa yakin. Begitu juga untuk proses seterusnya yang pasti lebih mencabar. Ini akan membuatkan pemikiran anda sentiasa positif dan secara tidak langsung, anda sebenarnya telah sentiasa mencabar diri anda untuk menjadi yang lebih baik. Pasti sampai ke satu tahap anda dapat merasakan bahawa keyakinan diri anda telah meningkat. Apabila anda menghadapi masalah yang sebelum ini anda pernah hadapinya, pasti tidak akan timbul kesukaran untuk anda menyelesaikannya.
kelemahan- kelemahan diri yang ada pada kita setiap manusia perlulah berani dan menyakinkan diri kita.kita perlu mempunyai keyakinan didalam hati bahawa cita- cita tersebut akan tercapai!dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada kita untuk tidak menoleh kebelakang lagi...:)
YOU CAN DO IT...YEAHHHH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan