Ahad, 7 Oktober 2012

~~EXAM~~



assalammualaikum hye...bulan ini adalah bulan exam bagi sesiapa yang exam..hihi kepada sesiapa yang exam kinah nk ucapkan good luck..buat yang terbaikk...jangan malas2 taw baca bku 2.. 





senyum selalu..



Jumaat, 21 September 2012

BBQ TODAY...

assalammualaikum..hye arini kinah dgn budak kelas ada wt bbq kt pengkalan balak melaka, waa sangat best dan sangat...sangat laaa happy taw..sebab dah lama x rasa mcm nie dgn budak kelas..alhamdulillah yg join bbq nie semua sekepala la...buat pg2 memang pakat x mo p kn tp akhirnya yang join walaupun xsemua tp mmg best in the world laaa..hihihi

 pantai pengkalan balak






yang tolong bakarkan..thank kawan

 sedapkan..nyumm..











apa pon ari nie mmg happy la..saya harap kawan2 say pun happy..hihi
sebelum nk cti sem nk final nie kita berseronok la dgn rakan2 kita la..mna nk taw sem depan ada yang tukar kolej ka..mna kita twu..hope kekal sampai bila-bila la..

senyum sokmo..

Selasa, 28 Ogos 2012

~~baik atau buruk~~

assalammualaikum, hye semua apa habaq..mcm mna korang raya tahun nie mst best kn..hihi kinah tahun nie kurang best sikit la sebab tahun nie beraya tanpa tok tersayang..sunyi la jugak..
ok stop pasal raya kinah x nk ctew pasal raya mood raya kinah dah nk abis la sebab mood nk periksa semakin hampir la.hik3
arini kinah nk sentuh sikit la pasal baik dan buruk nie..apa yew??
haaa semua manusia mesti ada baiknya ada buruknya jugak kn..tp biar la baik kita banyakkan..yang buruk kita buang jauh2..har kita nie kalau nk buat sesuatu tu kena pikir betul2, baik ataupun buruk..sekarang nie kita tgk segelintir org, kita lakukan yang baik owg mengata kita buat yang buruk owg mengata jugak..sekarang kita laku yang baik itu biar la asalkan kita mulia disisi Allah..abaikan owg mengata biar kita lakukan dengan ikhlas..
pesanan yang baik itu bnyk lakukan yang buruk kita tinggal-tinggalkan..


senyum sokmo....

Selasa, 7 Ogos 2012

beRUbah~~

assalammualaikum


setiap manusia x semestinya sempurna sepenuhnya ada kesalahan yang pernah dilakukan..
berubah kerana allah insyaallah 
kita akan dapat yang terbaik, janganlah kita malu untuk berubah diri kita yang banyak melakukan kesalahan pada masa lalu..
setiap usaha dan berdoa ada jalannya untuk menyelesaikan
jangan sekali mengeluh apa yang kita lakukan..

mencarilah kawan yang terbaik untuk kita dan memahami kita seadanya, boleh membantu kita kearah kebaikan bukan keburukan..
insyaallah kalau usaha bersungguh-sungguh pasti ada jalanNya

smilee :)

Sabtu, 4 Ogos 2012

sHOpping~~

assalammualaikum, hye semua..hik3 arini kita dah masuk 16 ramadhan..mesti ampa pakat sibuk dengan membeli-belah kn biasa la hari raya nk menjelang tiba nie mmg menjadi tradisi nk raya nie..hehe semestinya shoping kn..yang sudah berkahwin 2 klu si suami yg x suka berjalan jgn marah la kalau si isteri lama nk memilih barang nie..hihi kena sabar dan redha ajew la..kita nie shoping,shoping jugak jangan membazir beli yang perlu ajew..perancangan perlu ada, klau bijak berbelanja BAGUS...JANGAN BOROS- BOROS taw..



INGAT TUE
SALAM RAMADHAN



Khamis, 19 Julai 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

assalamualaikum hye semua..arini terakhir bulan syaban..pejam celik pejam celik dah nk puasa..insyaallah esk kita semua umat islam akan berpuasa. puasa 2 puasa juga jgn lupa wt amal ibadat..hihi..perbanyakkan amal ibadah kita, supaya kita tidak sia-sia bulan ramadhan nie..



kinah nk pesan sikit, sahabat-sahabat saya kita isi bulan ramadhan dgn amalan-amalan yg lebih baik mendekatkan diri kita kepada yakini amalan- amalan yang ditentukan oleh rasulullah saw agar kita benar- benar mendapat keutamaan, keistimewaan dan kelebihan di bulan ramadhan ini..

banyakkan lakukan amal ibadat taw..
hihi







kinah nk mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada kawan-kawan serumah, sekelas dan kepada seluruh umat islam..

Ahad, 3 Jun 2012

kawan oh kawan

assalammualaikum..hye semua apa khabar semua...hihi
arini kinah nk cerita sikit la pasal kawan nie
haha mesti korang terpikirkan mengapa kinah nk updated sal kawan nie
mai pakat baca2..
kinah ada terpikir la mengapa kawan yg lama lebih owk 
sbbnya kawan yg lama kenal kita dari sekolah lagi dan kenal perangai masing2 bila kawan yg baru nie belum kenal habis perangai kAwan..
TU LA senang dapat peselihan faham bnda x jangka akn berlaku jgk
kawan nie penting sagalanya bila kesedihan,kegembiraan..kawan ada mana2 sahaja..
bila hendak mencari kawan cari lah kawan yg paham dan bukan yang memburukan diri dari belakang

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
itu la ibarat bila kawan sendiri menjadi api..






kawan baik saya



friend forever









cari la la sahabat sejati yang dapat memberikan kebahgiaan


smile always
:)

Khamis, 31 Mei 2012

selamat tinggal bulan mei...

assalammualaikum..hye semua apa khabar..hihi..kinah khabar baik ja...hahha..pejam celik pejam celik dah nk masuk bulan jun kan...cepatnya masa berlalu kan
kinah pon lagi seminggu lebih lagi nk balik kuim nk tinggal kan kg halaman ku..sedihnya rasa..x puas lg menikmati cuti di sini..hik3...tacing2 pulak..haha
 nk datang bulan jun nie kita harap kita semua membuat kebaikan  lebih dari keburukan pada bln mei..

nk cerita sikit bln mei nie kn kinah pada awl bulan mei 2 kinah nk balik kedah terpaksa balik sowg2 dari melaka ke kedah...first time pulak 2 kena balik sowg2 x dk kawan...x pa pengalaman balik sowg2...nanti2 taw dah buleh balik sowg dah..hahaha
bulan nie saja bnyk kowt mkn sbb dok rumah kn..x p mna2 kita apa lg pantang nmpk makanan sapu habis..
apa lg klu waktu ada kem keqa makn ja..sbb kita nie kena handle pasai makanan nie har cukup suka keqa mkn ja..haha
masa tanggal 29.05.2012 kinah dgn sekumpulan jurulatih pergi la berkayak
rasa gian nk berkayak n berenang apa lagi tunggu lg sampai ja tempat 2 keqa pa tunggu lg...selama 6 bulan kinah tinggal akhirnya dapat la melepaskan giat kinah sebelum kinah nk balik kuim nie..
cuti sem sekali lgi pulak buleh berkayak cmni pulak...haha..
 bulan mei nie kinah x dapat jumpa kawan2 kinah..bila kinah nk jumpa depa sibuk.. bila depa nk jumpa kinah pulak sibuk...bis 2 bila nk jumpa..wlupon dok dearah sg petani ja mcm dok jauh lg aihh..
 



 adik kesayangan hamba

selamat datang bulan jun
dan sesiapa birthday 1. 06 selamat hari lahir ya..






menceriakan lagi hidup baru anda..
happy selalu 
kehidupan diri anda lebih cerah

yeahhh
 senyum sokmo
:)

Jumaat, 25 Mei 2012

MASALAH



muka penat jew..baru abis dgn aktiviti..apa pon kinah senyum lg...penat2 tp best taw..
hidup nie kena sentiasa happy..klu x happy buat keja semua x kena..hik3
so sekarang happy la selalu..:)

carilah nikmat dalam kesedihan anda, kerana tidak ada yg kekel didunia ini
termasuk kesedihan itu sendiri
 anda lebih bahagia memberi sepotong roti berbanding orang yg menutup pintu kepada para pengemis

tidak usah terlalu berfikir tentang sesuatu yang tidak penting dan membuatkan tidak bermaya.
eloklah lupakan sahaja. sebaliknya tumpukanlah fikiran utk kejayaan, kerana dgn begitu hatimu tidak akn terganggu 

renung2kan selamat beramal

Ahad, 20 Mei 2012

lemah lembut itu bahasa cinta..

assalammualaikum, hye arini kinah nk kongsi kt ampa semua lemah lembut itu bahasa cinta.
apabila allah inginkan kebaikan dalam sebuah rumah tangga, maka diberikannya kelembutan dalam interaksi dan komunikasi sesama anggotanya. itu lah petanda yang sangat ketaradan dapat dirasai bukan sahaja oleh mereka sendiri, tetapi juga oleh orang lain yang melihatnya

cinta dan kasih sayang umpama mentari. cahayanya boleh dilihatnya oleh sesiapa sahaja yang mempunyai mata. bersyukurlah jika kelembutan itu ada dalam rumahtangga kita kerana itu petanda kebaikan masih bersama kita.



petanda masih cinta, perlu diingatkan, komunikasi bukan hanya menggunakan telinga dan mulut, tetapi menggunakan mata dan hati jgk. kita perlu memandang orang yang sedang berdepan dengan kita. jangan hanya kata-kata yang kita tujukan kepadanya.pandanglah dia dengan kasih sayang. mata itu jendela bagi hati. justeru, pertautan mata dan hati inilah yang dikenali sebagai bahasa rasa. itulah bahasa sejagat yang mempunyai nada dan melodi yang sangat harmoni







tebarkan cinta,merosakan diri sendiri dengan bahasa yang kasar berbandingkan orang kita tujukan kata-kata itu. bahasa yang kasar datang daripada kebencian itu akan merosakan diri sendiri berbanding dengan orang yang kita benci. sebaliknya jika bahasa kita baik, itu datang daripada rasa cinta.dan cinta akan memberi kebaikan kepada diri sebanyak mana yang akan diterima oleh orang yang kita cintai
cinta mampu kembara merentasi ruang masa. cinta ialah soal hati yang tidak mampu dipisahkan oleh jarak dan zaman.Cinta boleh melangkaui dimensi dan generasi.justeru kita boleh mencintai allah yang tidak menyerupai sebarang makhlukNya.Kita boleh mencintai rasulullah yg hidup ribuan tahun yg lalu. Kita boleh mencintai para sahabat dan para ulama silam yg tidak hidup sezaman dgn kita

itulah ajaibnya cinta






apabila kita kehilangan bahasa dalam bercinta, itu petanda cinta itulah yang sebenarnya telah hilang! tanpa cinta, kita kehilangan makna, sedangkan makna itulah yg melahirkan bahasa

senyum selalu:)

Jumaat, 18 Mei 2012

sudah pergi tinggal ku keseorangan...:)

assalammualaikum...hye semua...ermm lma ngat aihh x updated blog neh x sempat busy ktakan..hahaha skunk nie kinah cuti boleh la updated selalu..kih3..sudah pergi tinggal ku keseorangan har pasaipa taw har sebenarnya arini kak kite sudah balik la....x syok asewnya...depa dpt cuti seminggu ja...kita sebulan lbh...adoiii dh lama x jumpa dy..dpt pulak cti pendek..x puas nk lepas rindu..hihi...bkn apa dy ja yg kita da kt umah 2...yg lain adik2 depa pkat p sekolah...yg sowg dok asrama...yg lain wt aktiviti lain, sunyinya.kwn2 pulak pkat busy bila kita boleh jumpa hoii,hehe




nie la kak ktew...cantik x..hahhaha


dayah pandang sini la...



nie azira..nie asyik bz ajew...
imiss u azira


nie sorang lagi kawan cheq yana nma dy beljaq kt unikl...
nie busy jgk..haha
soe yana sy amik pic awk yew..
jgn mrah yew:D

2 la tinggal la kinah sowg...nk tunggu depa cuti...lmbtnya...hahahha

sy rindu ampa sgt2 nie..

arini pada tarikh 19. 05.2012...spa2 punya birthday kinah nk ucap happy birthday..semoga dimurahkan rezeki dan diberkati allah..

senyum-senyum selalu..:)



Isnin, 19 Mac 2012

MENYAKINKAN DIRI..:)

asslammualaikum hye semua..arini kinah nk kongsi dgn ampa semua pasai nk menyakinkan diri kita...hik3..sapa2 yang pemalu nk tampil kt depan 2..mai sini baca..mana nk taw boleh amik ilmu kt sini ka...hak3...

4 CARA MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Keyakinan diri adalah penting untuk menguruskan segala aktiviti didalam kehidupan seseorang. Ini kerana adalah mustahil untuk anda sentiasa bergantung terhadap orang lain. Pasti mereka mempunyai urusan tersendiri yang perlu diuruskan terlebih dahulu sebelum dapat membantu anda. Adakah anda sanggup untuk menangguhkan satu-satu tugasan hanya untuk menunggu bantuan orang lain sedangkan anda sendiri mampu untuk menyiapkannya? pasti tidak bukan. Keyakinan diri adalah merupakan satu proses yang berterusan untuk anda sentiasa meningkatkan taraf keyakinan anda. Di dalam artikel ini adalah merupakan cadangan tentang bagaimana cara meningkatkan keyakinan diri yang mungkin dapat membantu anda.

(1) Bina keyakinan diri melalui pencapaian- Anda pelu terlebih dahulu mengetahui apakah pencapaian yang membawa makna untuk anda. Sentiasa cuba tingkatkan pencapaian anda dari satu tahap ke tahap yang lebih baik untuk meningkatkan lagi keyakinan diri. Jangan sesekali cuba membandingkan pencapaian orang lain didalam kehidupan anda. Ini kerana apabila anda berfikiran seperti ini, ia secara automatik akan mengurangkan lagi keyakinan didalam diri anda. Pantau setiap pencapaian yang telah anda lakukan dan cuba bina keyakinan diri melaluinya. Ia pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk melaksanakan tugasan yang lebih mencabar.

(2) Bina minda yang kuat- Pemikiran adalah perkara yang mempengaruhi setiap tindakan seseorang. Sebelum anda melakukan apa-apa pasti otak anda akan terlebih dahulu memikirkannya. Apabila otak anda memikirkan anda mampu untuk melakukannya, secara tidak langsung tindakan anda akan menjurus untuk melakukan sesuatu perkara itu. Begitu juga untuk membina keyakinan diri, sekiranya minda anda yakin untuk melakukan sesuatu, secara automatik pasti tubuh anda mampu untuk melaksanakannya. Tetapi ia sebenarnya memerlukan latihan dan pemakanan yang baik. Mulakan latihan minda anda daripada sekarang.

(3) Menjaga penampilan- Hasil pendapat pakar psikologi menyatakan bahawa, seseorang akan berasa lebih yakin melalui apa yang mereka cuba tampilkan. Sebagai contoh, anda menjaga penampilan diri anda sentiasa kemas dan kelihatan bersih, ia secara tidak langsung mewujudkan keyakinan didalam diri anda. Pasti anda akan lebih berasa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai, berkomunikasi  dan sebagainya. Penampilan juga adalah penting untuk membuatkan orang lain berfikiran positif terhadap diri anda. Apabila orang lain berfikiran positif, anda juga akan turut berfikiran positif mengenai diri anda.

(4) Memahami konsep keyakinan diri- Untuk anda sentiasa berasa yakin terhadap diri sendiri, anda perlu terlebih dahulu memahami apakah konsep keyakinan diri. Seperti yang telah dinyatakan diatas tadi, ia adalah merupakan proses yang berterusan. Ia bermakna apabila anda tidak berasa yakin untuk melakukan sesuatu, anda perlu membinanya sehingga anda berasa yakin. Begitu juga untuk proses seterusnya yang pasti lebih mencabar. Ini akan membuatkan pemikiran anda sentiasa positif dan secara tidak langsung, anda sebenarnya telah sentiasa mencabar diri anda untuk menjadi yang lebih baik. Pasti sampai ke satu tahap anda dapat merasakan bahawa keyakinan diri anda telah meningkat. Apabila anda menghadapi masalah yang sebelum ini anda pernah hadapinya, pasti tidak akan timbul kesukaran untuk anda menyelesaikannya.














kelemahan- kelemahan diri yang ada pada kita setiap manusia perlulah berani dan menyakinkan diri kita.kita perlu mempunyai keyakinan didalam hati bahawa cita- cita tersebut akan tercapai!dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada kita untuk tidak menoleh kebelakang lagi...:)


YOU CAN DO IT...YEAHHHH

Jumaat, 16 Mac 2012

MENCARI SAHABAT SEJATI...:)

assalammualaikum, hye emm lama kinah x update blog...arini ni kinah teringin nk update blog..hihi
ok arini kinah nk share kt ampa semua pasai nk cari SAHABAT SEJATI..
mmg payah nk cari sahabat sejati zaman lar nie...
jom mai sini baca2 mcm mna nk cari sahabat sejati......

Rasulullah saw pernah berpesan: "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat. 

persahabatan tulen mmg sukar dicari. hanya mereka yang benar-benar bersahabat dgn hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
# Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
# Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; dan
# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan
persahabatan.




























Sudahkah kita menjadi sahabat kepada anak dan kedua ibu bapa kita atau kepada pasangan kita?

Seorang remaja memilih remaja lain sebagai sahabatnya dan seorang bapa pula memilih bapa lain sebagai sahabatnya.
Sebenarnya, bukan kita tidak boleh memilih orang lain untuk menjadi sahabat, tetapi perlulah bijak memilihnya. Jangan tersalah pilih, nanti seperti Tarzan jadinya!

Jika kita adalah remaja, lihatlah dulu dengan siapa kita bersahabat. Sahabat yang baik umpama penjual kasturi yang mana wanginya akan tetap terpercik kepada kita, namun sahabat yang jahat akan memalit kejahatan itu kepada kita. Jadilah insan yang bijak dalam memilih orang yang boleh dijadikan sahabat....:)













bila manusia mengecewakan hadapilah dengan senyum

bila hidup sangat tertekan, hadapilah dgn senyum  jgk....


so senyum ramai2