Ahad, 20 Mei 2012

lemah lembut itu bahasa cinta..

assalammualaikum, hye arini kinah nk kongsi kt ampa semua lemah lembut itu bahasa cinta.
apabila allah inginkan kebaikan dalam sebuah rumah tangga, maka diberikannya kelembutan dalam interaksi dan komunikasi sesama anggotanya. itu lah petanda yang sangat ketaradan dapat dirasai bukan sahaja oleh mereka sendiri, tetapi juga oleh orang lain yang melihatnya

cinta dan kasih sayang umpama mentari. cahayanya boleh dilihatnya oleh sesiapa sahaja yang mempunyai mata. bersyukurlah jika kelembutan itu ada dalam rumahtangga kita kerana itu petanda kebaikan masih bersama kita.



petanda masih cinta, perlu diingatkan, komunikasi bukan hanya menggunakan telinga dan mulut, tetapi menggunakan mata dan hati jgk. kita perlu memandang orang yang sedang berdepan dengan kita. jangan hanya kata-kata yang kita tujukan kepadanya.pandanglah dia dengan kasih sayang. mata itu jendela bagi hati. justeru, pertautan mata dan hati inilah yang dikenali sebagai bahasa rasa. itulah bahasa sejagat yang mempunyai nada dan melodi yang sangat harmoni







tebarkan cinta,merosakan diri sendiri dengan bahasa yang kasar berbandingkan orang kita tujukan kata-kata itu. bahasa yang kasar datang daripada kebencian itu akan merosakan diri sendiri berbanding dengan orang yang kita benci. sebaliknya jika bahasa kita baik, itu datang daripada rasa cinta.dan cinta akan memberi kebaikan kepada diri sebanyak mana yang akan diterima oleh orang yang kita cintai
cinta mampu kembara merentasi ruang masa. cinta ialah soal hati yang tidak mampu dipisahkan oleh jarak dan zaman.Cinta boleh melangkaui dimensi dan generasi.justeru kita boleh mencintai allah yang tidak menyerupai sebarang makhlukNya.Kita boleh mencintai rasulullah yg hidup ribuan tahun yg lalu. Kita boleh mencintai para sahabat dan para ulama silam yg tidak hidup sezaman dgn kita

itulah ajaibnya cinta






apabila kita kehilangan bahasa dalam bercinta, itu petanda cinta itulah yang sebenarnya telah hilang! tanpa cinta, kita kehilangan makna, sedangkan makna itulah yg melahirkan bahasa

senyum selalu:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan