Rabu, 16 Januari 2013

jangan bersedih wahai sahabat

assalammualaikum, hye semua.. siapa yang bersedih hari nie..? setiap manusia pernah bersedihkan, dan setiap manusia pasti dan akan menitis air mata setiap kali dilanda kesedihan..kesedihan bukan dirasa ketika dilanda masalah, kesedihan juga dirasa tatkala kebahagiaan bersama.. kuat mana seseorang itu,apabila ada sesuatu perkara yang menyentuh hati kecilnya,,pasti akan mengalirkan air mata..


Mengapa Allah sering menduga hamba2nya..? kerana Allah merindui tangisan daripada hambanya. Bersujud dan menyebut nama2 Nya.. Sesungguhnya Allah tidak akan menduga hambanya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hambanya. Semakin kuat dugaan yang Allah beri kepada hambanya semakin tinggi darjat di sisi Allah.. 

Jangan malu untuk menangis. Airmata itu dicipta untuk di keluarkan, bukan untuk disimpan. Wahai sahabat2 ku,sentiasalah memandang ke bawah.. jika hari ini kita jatuh terduduk fikirlah ada insan lain yang jatuh lagi teruk daripada kita. Kembalilah kita kepada Dia. Sesungguhnya Dia sedang menunggu panggilan(solat) daripada kita.

Oleh itu,,janganlah bersedih. Kuatkanlah hati untuk menempuh hari2 yang mendatang. Sesungguhnya orang yang berputus asa amat tidak disukai Allah dan merupakan golongan yang akan menghuni neraka. Senyumlah walaupun hati merintih kesedihan. 

ALLAH SENTIASA BERSAMA HAMBA-HAMBANYA .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan